Monday 11 December 2017

Sanah helwah adik...



Sanah helwah to our beloved son Ammar Aiman Akmal.. Ingin mama memeluk adik dan membisikkan doa.. Namun, dari kejauhan mama mohon pada Allah.. Moga adik terus menjadi pemuda hafiz yg soleh dan musleh.. Taqwa dan beriman sentiasa pd Allah..cemerlang terbilang gemilang di dunia dan akhirat.. Dinanti dan diingati penduduk langit.. Amin ya Rabb

...........
......................
Sengaja mama menulis begini di hari yg indah..
Tagline: Mama yang membosankan.

"mama membosankan kerana tidak pernah bosan mengejutkan anak lelaki solat berjemaah di Masjid. Biarlah begitu."

Allahu Akbar..membesarkan anak2 mengajar mama..
Tentang sabar dalam memegang amanah. Tentang cekal dalam mendidik seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah.

"Bangun, abg. . Bangun dik.. Bangun angah.. Solat Subuh."
"Mengaji! Jangan lupa baca al-Mulk."
"Dah gosok gigi ke belum?"
"pls leave ur dirty pants into washer ! Jangan sepah-sepah macam ni!"
"pls tidy up ur room! "
"Minum dengan tangan kanan!"
"Nak tidur, check dulu semua pintu. Takut ada yang lupa kunci."

Skrip yang berulang-ulang.

Setiap hari itulah juga yang dilakukan. Itulah juga yang dipesan-pesan.

Setia berdiri depan bilik anak-anak hinggalah pintu dibuka.

Yang dah keluar dari bilik air, masuk semula bila diingatkan agar menggosok giginya.

Tersengih-sengih dia mengutip baju dan seluar yang bersepah di sofa.

Esoknya berlaku lagi. Pesan lagi!

Allah.. Bukan mudah mendidik anak-anak soal tanggungjawab dan melatih mereka agar tahu menguruskan diri. Letih berpesan-pesan hal yang sama. Tapi sungguh... apa lagi pilihan yang mama ada?

Bersabar dengan kerenah anak-anak..

Biarlah mama jadi ibu yang membosankan.
Bila anak2  bercerita tentang masalah, tak lekang mulut mama dengan "Sabar. Doa."

Ya, mama tahu anak2 dah bosan nak dengar.

Tapi nak buat macam mana! Memang itulah pesanan Allah dalam Al-Quran. Sabar dan solat bila berdepan ujian. Mama cuma sampaikan pesanan. Mama cuma tolong ingatkan.

Biarlah anak2 bosan.
Biarlah anak2 rasa mama ini sungguh membosankan.
Biarlah mama letih berpesan hal yang sama ....
...tapi mama yakin kuasa doa mama anak2 mama soleh dan musleh..InshaAllah

Demi amanah, demi sesuatu yang terpaksa mama jawab di depan Allah, biarlah mama tetap teruskan apa yang perlu mama lakukan.

No comments: