Thursday 7 December 2017

..tidak membantu

Kata-kata "motivasi" yang tidak boleh diterima oleh pesakit kemurungan.

1. “Orang lain lagi teruk kau tahu tak!”
Percayalah, kata-kata ni langsung tak membantu! Mereka yang depressed sebenarnya menginginkan seseorang di sisi mereka untuk memberikan sokongan. Anda tak perlu cakap apa-apa kalau anda tak tahu nak cakap apa sekalipun. Kehadiran anda sudah lebih dari cukup. Kehadiran anda akan lebih bermakna jika diiringi kata-kata yang keadaan akan menjadi lebih baik dan anda akan sentiasa ada memberikan sokongan kepadanya.

2. “Hidup ni memang susah”
Kata-kata ini mungkin hanya akan memburukkan lagi perasaan penderita depression, bukannya membantu mereka. Adalah lebih membantu mereka sekiranya anda melahirkan rasa simpati terhadap mereka dan memaklumkan yang anda bersedia untuk membantu mereka melalui situasi yang sedang dihadapi.

3. “Kau kena terima semua ini”
Ayat ini memberi gambaran yang salah kepada pesakit stress. Ia menambahkan lagi perasaan untuk mengasingkan diri yang dialami oleh pesakit stress. Cara terbaik adalah menghantar SMS atau menelefon mereka dan beritahu yang masih ada orang yang ambil berat tentang mereka.

4. “Kau ni introspektif sangat!”
Ini menggambarkan seolah-olah depression itu hanyalah masalah kecil. Ia seolah-olah menunjukkan anda adalah seorang yang judgmental. Cara terbaik untuk menunjukkan kasih dan sayang anda adalah dengan mengelakkan daripada membuat kenyataan-kenyataan begini yang hakikatnya lebih mengasingkan individu tersebut.

5. “Kau ni sensitif sangat!”
Kata-kata ini memperkecilkan mereka yang menderita tekanan kerana mereka akan merasakan yang penyakit mereka itu tidak lebih daripada masalah perwatakan. Pendekatan yang lebih baik adalah dengan mengajak individu tersebut keluar berjalan untuk mengambil angin. Anda boleh cuba untuk menggalakkan mereka keluar dan buat sesuatu setiap hari.

6. “Hidup perlu diteruskan”
Hidup di dalam tekanan ibaratnya anda mempunyai beban yang sangat berat di dada anda. Dengan memberitahu pesakit depression kata-kata ini, ia menunjukkan yang anda sebenarnya langsung tidak peduli.

7. “Kau kena keluar dan enjoy!”
Cadangan ini langsung tidak membantu, melainkan anda bersedia untuk menemani teman anda yang depressed itu dan menggalakkannya untuk mengambil ‘baby steps’ setiap hari. Memberi sokongan ertinya ada di sisinya, atau setidak-tidaknya telefon mengingatkannya apa yang dia perlu lakukan.

8. “Kau sedar tak sebenarnya banyak benda kau kena bersyukur”
Pesakit depressed tak mahu tahu tentang bersyukur. Kerisauan utama mereka adalah kekalnya keletihan berpanjangan dan kehilangan minat yang berterusan. Ia adalah idea yang baik untuk meyakinkan individu tersebut rawatan yang diikutinya akan memberikan hasil yang efektif. Depression tidak akan kekal selamanya.

9. “Semangatlah!”
Percayalah, kesannya terbalik. Lagi anda suruh mereka “semangat”, lagi “down” mereka rasakan. Bahkan boleh membuatkan mereka menangis. Sangat tidak membantu.

10. “Kau tahu tak semua orang ada masalah?”
Bila anda cakap begini, ia seolah-olah anda bermaksud orang yang depressed itu sendiri memilih untuk hidup sengsara dan tidak gembira. Membandingkan situasi mereka dengan situasi umum sangat tidak membantu. Adalah lebih baik sekiranya anda cakap yang anda cuba untuk memahami masalah mereka. Galakkan mereka untuk mendapatkan bantuan pakar.

Sebenarnya, kebanyakan pakar sependapat yang kehadiran seseorang di sisi penderita depression sangat-sangat membantu mereka mengatasinya. Sesetengah perkara yang mungkin pada kita kelihatannya kecil sebenarnya membawa impak yang besar kepada orang lain, tanpa kita sedari.

No comments: