Sunday 11 February 2018

Catatan memori ringkas






KIK?  Apa tu?
Sekolah ni..dapat tawaran slps result SPM. . paling dipaksa untuk daftar...aku selesa dengan Maktab Mahmud @Maahad..P. lang beria2 minta aku ke sekolah lamanya...mak ayah tak kisah asalkan aku happy. .. aku ada target sendiri. .Siap tulis dalam diari lagi. .Univ Madinah impianku. .
..teringat lagi, ketika aku baru sampai sekolah belum sempat duduk lagi dapat panggilan ke bilik guru.. berdebar2 juga.. Rupanya ustazah Rokiah n ustazah Basyiroh nak'syarah'kat aku.. Dengan kata lain, tak izinkan aku ke KIK. .ingat lagi ustazah kata " kami didik kami asuh enti.. Enti ni bijak.. kami nak sangat enti ke al Azhar..Allah Allah. .mataku sudah berkaca. .hati sebak.. tingginya harapan guruku..dan benar sekali aku cemerlang dlm result imtihan syahadah ..al Azhar? ??Aku tak berminat dgannya. .Aku nak ke Madinah jg.. .Tapi ada halangannya. .Nak kena ada mahram. ..aku kecewa sgt2..akhirnya aku ikut plan P. Lang.. .
Dan di sinilah aku bermusafir ke bumi wakafan dgn hati yg lara

Sekolah ni...
Paling awkward pada awal hingga ke akhirnya. Tak biasa sekolah berasrama...PENUH pulak tu..Ku perhati shj semua tingkahlaku orang sekeliling...Lainnya cara mereka ni...so aku follow the flow jela.😅

Sekolah ni...
Awalnya, sukar sekali utk menerima ukhuwah baru. .suasana baru...semua insan ini sibuk dgn study. .Hampir 24jam dgn buku..aku pula masih terbawa2 dgn perasaan kecewa/merajuk krn tak blh ke bumi Rasulullah. .
Namun, rajuk ku tewas juga akhirnya..bila aku sudah mula mengenali rakan2..adik2..guru2 yg amat baik.. Apatah lagi bila dilantik sbg Ketua Pelajar. .banyak tanggungjawab tu. .banyak kelab yg aku join. .Basketball n bola tampar. ..Dan yg paling best sempat join taekwando..wlp sekejap tapi aku puas n happy

Di sini,  sekali lagi aku membina kejayaan.. mumtaz dlm Sijil Tinggi Kolej dan juga STPM..

20tahun sudah berlalu..
Sekolah ni lah yang PALING DIRINDUI..krn :
1)wujudnya biah solehah,ikhwah n akhawat tak bercakap, semuanya disampaikan dlm tulisan nota ringkas, berjalan menunduk sehingga ada yg tersepak pasu bunga pun ada.. Ni bukan aku lah. .Hahahahh
2)keakraban ukhuwah.
3)Cikgunya lain macam komited dalam mendidik.
4)Sahabat pun macam-macam perangai jumpa. 😄
5)Tarbiyah yg mantap, solat berjamaah setiap waktu di musolla,mathurat n alMulk tidak pernah tinggal

Ya. 5 Uniques in KIK/KISAS PALING TERKESAN di ❤.
Terima kasih semua kerana meninggalkan memori suka duka yang PALING INDAH dalam hidup ini.
Maafkan daku andai diri ini pernah mengguris hati jiwa-jiwa yang ada..KIK/ KISAS selama diri ni menumpang menuntut ilmu di situ terutama guru2ku yang pernah mendidik diri ini yg selalu bercelaru pada waktu tu.

❤❤❤ Sayang Semua Cikgu!❤❤❤

Last but not least,

I'm proud to be a KISASIAN and who I AM today.❤

No comments: