Monday 24 July 2017

..tiada batas

...sabar
      ...sabar
           ....sabar
Wahai diri...
Mudahnya lidah berkata-kata; "Sabar. Dunia ini hanya sementara. Kesedihan dan kesusahan tidak akan kekal lama."
Wahai diri....
Ketahuilah adakalanya ungkapan itu tidak dapat merubah perasaan seseorang yang sedang berduka...
Mudah untuk kita kerana bukan kita dalam situasi itu. Payah untuk mereka bukan kerana lemahnya Iman.
  Wahai diri...
  Adakalanya hati perlu terluka untuk merasa nikmat kasih sayangNya. Hati harus terluka untuk sedar tiada manusia mampu merubat kelukaan itu kecuali dengan mengingatiNya.
Payah bukan kerana Allah membenci....Itu rahsia Allah. Kita tidak tahu.
Wahai diri. ..
 Adakalanya berdiam itu lebih baik. Tetapi sentiasa memberi semangat dengan sentiasa di situ untuk mereka yang terluka. Lalu kirimkan Doa buat mereka. Kerana doalah penawar segalanya...
Wahai diri...
Luasnya sabar menunjukkan besarnya iman. Iman tidak tumbuh dari banyaknya musibah yg menimpa.
Musibah hanya sebagai penguat mental dan hati.. Tapi iman tumbuh dari sejauhmana ketaatan dan kepatuhan dlm menunaikan perintah Illahi dan RasulNya..
Wahai diri...
 Di saat ujian mendatang... Tidak perlu bersoaljawab... Sampai bila harus bersabar?
Ya, sampai saat Allah kata, tugasmu di dunia sudah selesai, maka pulanglah!!

No comments: