Friday 20 October 2017

Minda Tuan Guru

*TUAN GURU : FAHAMI ISLAM SECARA MAKRO, AKAN TAHU KEUTAMAAN DAN BERLAPANG DADA DALAM KHILAF*

*TuLiSaN SeMpEnA ULANG TAHUN ke70 TuAn GuRu HaJi AbDuL HaDi AwAnG*

📌 Tuan Guru seringkali mengajar bahawa melihat sesuatu perkara dengan skala yang kecil, akan menjerumuskan kita dengan sempit dalam cara berfikir dan berbalah pada perkara yang tidak perlu. Ini kerana, kita hanya melihat dari skop yang kecil sahaja, tetapi mengabaikan skop yang lain. Kita  hanya memandang kepada kepentingan diri sendiri sahaja tanpa melihat kepada kepentingan yang lain.

Melihat sesuatu perkara secara *MAKRO* atau big picture yang juga dikenali dengan _”An eagle eye”_ membolehkan kita melihat dari semua sudut. Dengan ini kita dapat tahu mana yang lemah dan yang kuat, mana yang utama dan yang kurang utama. Kalau melihat secara *MIKRO*, itu penglihatan yang sempit.

Analogi - Seorang ayah yang berjiwa besar, dia perlu melihat keseluruhan perbelanjaan dan sumber pendapatan, barulah berbelanja dengan bijak. Dia tahu dimanakah perkara perlu dia berbelanja lebih dan berbelanja kurang. Contohnya,  membayar yuran sekolah anak yang sulong itu penting, tetapi membeli susu anak yang sudah habis lagi penting.

📌Tuan Guru seringkali menyebutkan bahaya perancangan musuh Islam yang akan menghapuskan semua aliran Islam secara keseluruhan, sama ada salafi, asyairah, sufi termasuklah syiah. Beliau mengingatkan bahawa musuh Islam tidak senang dengan Islam dan sentiasa mencari jalan memecahbelahkan umat Islam (divide and rule). Perkara inilah yang beliau amat bimbang.

📌Tuan Guru juga mengingatkan tentang perancangan RAND (musuh Islam) yang membawa misi Islam moderate (Islam sederhana) yang menghilangkan jatidiri umat Islam kerana mereka menghilangkan dimensi dakwah dan tauhid dari umat Islam. RAND menggalakkan umat Islam bergaduh sesama sendiri dalam perkara kecil dan menghilangkan tumpuan umat Islam untuk mendirikan negara Islam.

RAND (musuh Islam) tahu, kalau negara Islam dapat dilaksanakan, semua umat Islam akan dapat manfaatnya dan memberikan kekuatan kepada umat Islam. Tetapi malangnya ada kumpulan Islam yang tidak mahu cakna dengan soal politik dan menganggap penglibatan dalam politik bukan keutamaan.

Apakah segelintir kumpulan Islam kurang sedar atau langsung tidak sedar bahawa kerancakan kuliah di Selangor (sebagai contoh) dan himpunan besaran cinta rasul dan selawat berlaku selepas kemenangan politik Islam di Selangor. Walau pun parti Islam tidak menguasai sepenuhnya politik Selangor, tetapi ia telah membuka ruang yang luas kepada semua gerakan Islam untuk bergerak. Tidakkah kemenangan parti Islam suatu kelebihan dan sebagai pressure kepada kerajaan untuk lebih cakna pada Islam.

Namun, apabila diajak untuk bergerak sama dalam perjuangan Islam, segelintir kumpulan Islam menolak dan mereka lebih selesa membawa misi yang tersendiri. Kesetiaan kepada sheikh lebih diutamakan berbanding dengan kesetiaan kepada parti Islam biarpun mereka ahli parti Islam. Membicarakan tentang kelebihan memakai pakaian Rasulullah lebih diutamakan berbanding dengan perjuangan Rasulullah.

Di dalam pemikiran Islam zaman mutakhir ini, terdapat dua kelompok terbesar yang sering berkhilaf mewakili aliran Asyairah/Maturudiah sebagai satu kelompok dan aliran salafi/ wahabi dalam kelompok yang lain. Ada dalam kalangan mereka yg sering mempertikaikan amalan yg furu’ dan sering menghentam antara satu sama lain. Apabila ada yang memulakan serangan, ada pula yang menjawabnya sedangkan tokoh-tokoh awal dari setiap kumpulan ini berlapang dada antara satu sama lain. Pada ketika itu, ancaman utama mereka ialah muktazilah dan golongan atheis yang mengingkari kewujudan Allah.

📌TGHH mengingatkan para ilmuan agar turut mempelajari sejarah akidah dan sejarah fiqh kerana sejarah ini mengajar kita kenapa sesuatu hukum timbul dan sesuatu pemikiran itu wujud. Dengan cara ini, kita dapat memformulakan suatu manhaj ASWJ yang berhadapan dengan pelbagai bentuk pemikiran moden dan liberal pada masa ini. Apakah cara ASWJ dalam berhadapan dengan sikap bebal UMNO dengan Islam, kekeliruan yang ditimbulkan oleh PAN dan ancaman dari DAP (liberalisme dan sekularisme).

*Inilah asas manhaj pemikiran Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam berhadapan dengan pelbagai kumpulan dalam Islam. Mudahan kita dapat mengikuti jejak beliau dalam melayari bahtera perjuangan Islam ini.*

*SELAMAT HARI LAHIR TUAN GURU*
*Semoga terus berbakti untuk Islam*

Lajnah Tarbiah dan Jabatan Penerangan
Dewan Ulama PAS Negeri Selangor
20 Oktober 2017

Facebook: https://www.facebook.com/ulamakpasselangor/

#usrah

No comments: