Monday 16 October 2017

..musibah 'musuh'

Bagaimana sikap kita dalam isu Dr Zamihan???
..Hasbunallah wani'mal wakil..

.....
SIKAP AGUNG MUHADDITH ULUNG TATKALA BERHADAPAN DENGAN MUSIBAH "MUSUH"NYA

Ibn Hajar al-‘Asqalaniy (852h) merupakan tokoh hadis hebat yang memiliki ramai “musuh” dari kalangan ilmuwan sezamannya yang pernah cuba menjatuhkannya, melarangnya dari mengajar, memecatnya dari jawatan hakim dan sebagainya. Siapa yang tidak kenal dengan Ibn Hajar yang telah menutup pintu syarahan Sahih al-Bukhariy?
Namun beliau seorang yang berjiwa besar dan terkenal dengan sikap mulianya ketika berhadapan dengan musuh-musuhnya ini walaupun dalam keadaan beliau berpeluang untuk membalas dendam atas perilaku mereka terhadapnya.

Murid beliau: al-Sakhawiy (902h) menceritakan sebagaimana yang dipersaksikannya sendiri:
Pernah suatu ketika, seseorang datang kepada Ibn Hajar dalam keadaan gembira sambil memberitahunya bahawa seorang “musuh” yang selalu menyusahkan hidup dan urusan Ibn Hajar telah ditangkap. Tatkala Ibn Hajar melihat kegembiraan si pembawa khabar tersebut, lantas beliau menjadi sangat marah dan berkata: “Hanya orang fasiq sahaja yang gembira dengan berita ini!!”.

Pernah juga seorang murid beliau: Abu ‘Aliy al-Dharir menceritakan, bahawa suatu hari ketika dia sedang mendoakan keburukan dan balasan buat mereka yang menzalimi gurunya itu, lalu Ibn Hajar yang terdengar doa tersebut seraya menegahnya, lalu berkata kepadanya: “Bahkan cukuplah kamu berdoa kepada Allah supaya mereka berhenti dari (menyakiti)ku”.

[al-Jawahir Wa al-Durar: al-Sakhawiy]

No comments: