Tuesday 15 October 2019

ujian hati

Dicarinya aku berhari2
tertanya dlm hati mengapa ada nada tangis di hujung talian..maafkan Aku teman  krn kesibukan dan kepentingan diri aku lewat menghulur kasih..
Sebak sayu kasihan bila dengar kisah dia..
Jatuh cinta dengan lelaki lain selain suami..
Terkedu seketika, temanku yg kukira amat solehah penyayang dan ibu yg amat pengasih, benarkah apa yg Aku dengar??
La hawla wa la quwwata Illahi billah..

Kadang-kadang dalam rumahtangga kerana lalai. Kita mula jatuh cinta dan suka orang lain. Baik lelaki atau wanita. Bukan nak cari silap siapa. Tapi kita semua silap dan lalai. Cinta sebenar bila kita cinta kepada Allah. Barulah datang cinta dan sayang kerana Allah. Cinta kekal sampai syurga.

Semailah rasa cinta. Ia anugerah Allah saat pernikahan. Kita lupa beri masa bersama. Makan bersama suap menyuap. Tak sempat buat talim rumah. Baca Al-Quran sama-sama. Mula tidur asing. Zaman ni masing-masing sibuk dengan hp. Tak sempat dengar pasangan. Lupa membantu, hargai dan puji pasangan. Kita lebih masa kpd orang lain berbanding pasangan.
Love = time. Berilah masa dan semaikanlah rasa cinta.


No comments: