Wednesday 29 November 2017

..bersama Imam Masjid al Haram

Assalamualaikum

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Dr Saleh Ibn Muhammad Ibn Ibrahim Aal Talib, Imam Masjidil Haram akan menziarahi Fakulti Pengajian Islam & menyampaikan syarahan pada hari ini Rabu 29 Nov 2017; jam 2.30 petang di Bilik Mesyuarat 1, FPI.

Semua dijemput hadir😍😍





*Antara Perkongsian yg diberi oleh Sheikh Dr. Saleh Muhammad bin Ibrahim Al-Tolib*

Pertama skli, beliau ingin memberi motivasi kepada generasi muda dlm menuntut ilmu.. tidak kira apa jua ilmu, semuanya perlu bagi manfaat pd ummah..

Selain itu:-
-Kita mempunyai tanggungjawab sebagai penuntut ilmu dan juga tanggungjawab dlm menyebarkan ilmu dgn betul

-Jgn risau dgn islam kerana Allah yg jaga.. Kita perlu fikir akan ummah.. Apa yg perlu kita buat dlm keadaan fitnah akhir zaman.. Apa???.. Sbb itu kena kembali kpd Quran dan Sunnah

-Disamping itu, beliau mengingatkan bhwa kita haruslah selalu berdoa ditambah ilmu dan amal seperti yg diminta oleh Rasullullah kpd Saidina Abdullah ibn abbas

-Kita sebagai belia mempunyai tanggungjawab yg amat besar kpd ummah.. So kita kena lah belajar sebanyak mungkin..

-Kita juga perlu berakhlak kerana ilmu yg bermanfaat akan dikurniakan n kepada yg beriman dan berakhlak

-Ilmu itu ada utk diri sendiri dan juga utk dikongsi...

#So tanya lah pada diri..
*_Anda di mana???_*

No comments: