Monday 27 November 2017

..sentap!!

Just sharing dari seorang teman sbg tazkirah utk diriku yg lemah...

HIDUP Jangan Cepat SENTAP!

Tadi sempat sembang... Ada shbt ni sorg cakap dia nak tukar masuk PAN,  katanya dia dh terasa hati sgt dgn seseorang tu...

Jadi sy pun nasihatkannya.. Alhamdulillah... X jadi katanya.. Itupun dia siap nk isi borang daa...

Maka,  oleh itu saya terpanggil untuk muhasabah bersama...

Nabi Muhammad s.a.w  pun walau dtegur oleh Allah s. W. T dlm quran ttg dia bermasam muka dan berpaling muka dgn ummu maktum ketika baginda dlm satu majlis bsama vvip ketika itu...
Namun nabi x sentap... Tak merajuk dr terus berada d medan dakwah dn perjuangan..

Nabi Yunus yg dtelan ikan Nun pun x sentap.. Dan tak merajuk slps dia dtelan... Apabila dilepaskan nabi Yunus terus meneruskan dakwah dan perjuangan...

Oleh itu , jangan cepat sentap! Jangan cepat merajuk! Jangan jd org sentitif !
Alah ditegur,  terus tunding jari pada org lain, terus cari kesalahan org lain,  terus larikan diri...
Jangan cepat sentap kalau mahu jd orang istiqamah dlm perjuangan... Hanya orang yang tak cepat sentap je tuhan jaganya di jalan dakwah....

Kalau dlm keluarga,  kalau suami tegur, isteri jgn cepat sentap,  kalau isteri tegur,  suami jgn cepat sentap!  So,  be positif!
Jangan cepat sentap kalau nk berjuang menjaga dan menyangi keluarga..

Jangan jadi sangat sentap,  sentap je ceraikan isteri,  cari isteri lain,  sentap je cari suami lain... Bagaimana nak bina keluarga dan msyrkt islam kalau diri sendri tak terbina kerana menjadi orang yang cukup sentap!

Nabi Ayub pun tak sentap apabila ditinggalkan isterinya ketika dia diuji dengan sakit kusta beberapa tahun lamanya.... Selepas dberi kesihatan oleh Allah s.w.t , nabi Ayub bsama isterinya hidup seperti sediakala spt sepasang suami isteri.. Nabi ayub pun bukan orang yg cepat sentap dengan ujian!

Hidup untuk Allah... Maka binalah diri sbgai hamba  Allah... Jadi orang rendah diri,  kerana yang tak boleh ditegur hanyalah yg ada sifat keangkuhan dan kesombangan iaitu Allah kerana DIa berhak iaitu Allah s.w.t sahaja...

 Jangan juga kerana idea kita tak sama dengan idea orang lain,   kita merajuk dan cukup tersentap, terus larikan diri!!!

Sentap dalam umno,  lari kepada pas,  sentap dalam pas,  lari pula ke PAn,  sentap dalam pan,   buat parti baru pula agaknya..

Tulisan yang agak SENTAP!

No comments: