Thursday 9 November 2017

..meletakkan hak

Anis baru saja kematian suaminya.Suami Anis mempunyai seorang lagi isteri muda yang dikahwininya tanpa pengetahuan Anis Anis dan suaminya tinggal disebuah rumah teres di johor bahru yang dibeli atas nama arwah suami memandangkan Anis warga singapura.Kos pembelian rumah ditanggung sepenuhnya oleh Anis melalui wang simpanan dan pengeluaran wang tabung kumpulan pusat (CPF) singapura.

Anis tidak dikurniakan cahaya mata sepanjang perkahwinan mereka sedangkan isteri kedua berkenaan mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan dengan suaminya.Enam bulan selepas kematian suaminya,Isteri kedua membuat permohonan bagi membahagikan keseluruhan harta pusaka Arwah suaminya termasuklah rumah yang diduduki oleh Anis di pejabat pusaka kecil mengikut hukum faraid.

Rumah yang dibeli dan diduduki oleh Anis juga termasuk didalam harta pusaka arwah suami.Walaupun sudah dimaklumkan soal sejarah pembelian harta berkenaan,isteri kedua tetap enggan menolak bahagian faraidnya rumah berkenaan kepada Anis sebagai isteri pertama dan mahu harta itu dibahagikan mengikut faraid.

Dalam banyak keadaan,ramai isteri mengetahui bahawa bahagian faraid mereka adalaha 1/8 jika mempunyai anak dan 1/4 jika tidak.Tetapi ramai dikalangan wanita yang terlepas pandang bahawa jika suami berpoligami,contohnya mempunyai dua isteri,maka bahagian 1/8 isteri itu akan dikongsi bersama isteri yang satu lagi pada kadar 1/16 bahagian seorang.Walaupun isteri pertama boleh mendapatkan bahagian tambahan melalui tuntutan harta sepencarian,namun ia tetap tidak dapat mengelakkan daripada kemasukan nama isteri kedua dan anak anaknya dalam geran rumah itu.

Dalam kes ini,isteri pertama dengan usahanya membeli hartanah itu akhirnya terpaksa berkongsi pula pemilikan rumah itu dengan isteri kedua dan anak anak tirinya.Jika dihalusi,bahagian isteri pertama itu pada awalnya 1/4 bahagian kerana tidak mempunyai anak.Sebaik sahaja suaminya berkahwin lain,bahagian 1/4 itu menurun menjadi 1/8 dan sebaik suaminya mendapat anak daripada isteri kedua,bahagian isteri pertama terus menurun menjadi 1/16 bahagian.

Justeru,bagi memastikan sumbangan isteri pertama yang bersama sama bersusah payah dengan suami berkenaan bagi tempoh yang lama dapat dilindungi daripada dituntut oleh isteri-isteri muda atau anak-anak dari isteri muda adalah,dicadangkan agar suami yang ingin berpoligami menyatakan dengan jelas hak-hak isteri pertama melalui iqrar Harta Sepencarian atau instrumen HIBAH.

Syarak menyediakan banyak instrumen yang boleh diaplikasikan bagi menghargai sumbangan isteri dalam perkahwinan.Jika kalian tidak menggunakan instrumen yang disediakan,ia akan menyebabkan ramai isteri khususnya isteri pertama sering berasa teraniaya apabila suami meninggal dunia.

Fikir-fikirkan ye..
Jom Hibah
Elakkan timbul pertelingkahan n perbalahan di klgn ahli keluarga n waris..

No comments: