Tuesday 7 November 2017

..kenali diri anda

Prof Ruzian shared article ni dgn aku.. Saja release stress katanya.. I found it worth reading actually...

"Introvert ini jenis pemalu."
"Pendiam semacam, sah introvert!"
"Jenis tak suka berbual dengan orang, ini mesti geng introvert."

Banyak kita biasa dengar mengenai Introvert kan?

Tahu tak, sebenarnya ada 4 jenis Introvert, dan semuanya mempunyai karakteristik yang unik dan tersendiri.

Sebenarnya, seseorang Introvert boleh mempunyai keempat-empat ciri tersebut (kerana memang ini semua ialah ciri-ciri Introvert), tetapi pasti akan ada satu yang dominan/utama berbanding tiga yang lain.

Dan itu lah yang akan menentukan anda Introvert yang mana satu. Lebih spesifik.

---

1. Introvert Sosial (Social Introvert)

Golongan ini yang biasa kita dengar mengenai kaum Introvert, iaitu tak suka bergaul dengan orang ramai (maksimum 3-4 orang sahaj), lebih gemar bersendirian dan lain-lain lagi stereotaip Introvert.

Golongan ini bukan pemalu atau pendiam, tetapi memang gemar bersendirian, dan mereka tak ada masalah untuk keluar berjalan berseorangan, pergi mall seorang diri, atau keluar makan tanpa kawan.

Mereka MEMILIH untuk begitu.

---

2. Introvert Berfikir (Thinking Introvert)

Mereka ini biasanya banyak berfikir, berimaginasi dan menganalisa sesuatu. Mereka lebih seronok menggerakkan idea di pemikiran (thought), berbanding bersuara (voice).

Kekuatan mereka pada idea, penulisan, data dan pemikiran. Idea yang dicerna oleh mereka berlainan daripada kebiasaan, dan seringkali mampu membuat orang lain terpaku/terkelu/sentap.

Pendek kata, mereka ini melihat dunia dengan cara tersendiri, menghadam informasi yang ada dan melahirkannya semula dalam bentuk yang berlainan.

Biasanya, dapat dikenalpasti dengan apabila berseorangan atau dengan orang, mereka banyak diam diri tetapi ekspresi muka terpancar gaya sedang berfikir dan menganalisa.

---

3. Introvert Gementar (Anxious Introvert)

Mereka inilah golongan Introvert yang kita selalu sebut sebagai pemalu, tak pandai bersosial, pendiam dan sebagainya.

Jangan tertukar dengan Introvert Sosial yang memilih untuk tak bergaul, kerana Introvert Gementar ini sememangnya tak pandai berbicara dengan ramai orang.

Sebab itu buku, filem, TV dll ialah kawan baik mereka.

Namun kehebatan mereka, apabila sudah ada kenalan yang rapat, mereka akan sangat menjaga hubungan tersebut, dan menghargai persahabatan yang dibina.

Mereka fokus pada kualiti, bukan kuantiti.

---

4. Introvert Tenang (Restrained Introvert)

Iaitu golongan introvert yang selain daripada 3 di atas, dan mereka bersifat 'pasif' dan 'tenang'. Mereka mempunyai kesabaran dan ketenangan yang tinggi.

Setiap tindakan mereka, pasti dimulai dengan berfikir dahulu. Mereka mampu untuk tekan butang pause sebelum membuat sesuatu.

Mereka ini, bukan jenis spontan, kelam-kabut atau "exploding" seperti sesetengah orang Extravert. Mereka lebih seperti batu yang kekal pada tapaknya tanpa beralih.

Golongan keempat ini sangat sesuai menjadi ketua, kerana kematangan mereka dalam setiap tindakan (yang datang dengan berfikir dahulu).

---

Mengenal pasti seseorang itu Introvert yang mana satu itu penting, supaya kita tak terjerumus pada stereotaip Introvert.

Kerana bukan semua Introvert itu pendiam,
Bukan semua Introvert itu pemalu,
Bukan semua Introvert itu suka bersendirian.

Introvert, Ambivert mahupun Extravert, tak ada yang membezakan siapa yang lebih baik atau tak. ia hanya perbezaan pada cara otak kita memproses "Social Pleasure System".

:)

Boleh baca lebih lanjut mengenai konsep tersebut di sini:
https://www.facebook.com/AimanPsikologis/photos/a.1376518805725279.1073741828.1374777419232751/1509346659109159/?type=3&theater

Bagaimana pula sekiranya keempat-empat ciri ini ada pada diri seseorang? Jawapannya, pasti ada satu yang dominan/utama berbanding ciri-ciri yang lain.

Dan itu lah yang menentukan beliau pada golongan Introvert yang mana satu.

:)

Tag kawan Introvert anda di bawah!

#PengkajiMinda

---

With Love,

Aiman Amri,
BSc in Psychology - University of Nottingham
Autism Therapist - Founder of Aiman Psikologis

No comments: