Wednesday 22 November 2017

..jameel mu'asyarah

Indahnya akhlaq Rasulullah

Nabi Muhammad shalallahu alaihi wa sallam menggalakkan para suami untuk menjadi suami yang baik kepada isteri dan keluarga mereka.

Malah baginda merupakan seorang suami yang terbaik kepada isteri-isterinya dan keluarganya

Baginda tidak sahaja bersama-sama mereka ketika senang, malah baginda bersama-sama mereka ketika susah.

Anas radhiyallahu anhu berkata:

 إن جارًا لرسول الله صلى الله عليه وسلم فارسيًّا كان طيب المرق فصنع لرسول الله صلى الله عليه وسلم ثم جاء يدعوه فقال: وهذه؟ لعائشة. فقال: لا، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لا، فعاد يدعوه فقال لرسول الله صلى الله عليه وسلم: وهذه؟ قال: لا، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لا، ثم عاد يدعوه فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: وهذه؟ قال: نعم في الثالثة فقاما يتدافعان حتى أتيا منزله.

Ada seorang jiran Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam  yang berasal dari Parsi yang sangat pandai memasak. Dia memasak untuk Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam. Kemudian, beliau datang ke rumah Nabi shallallahu alaihi wa sallam dan menjemput baginda (untuk makan di rumahnya).

Rasulullah shallallahu alaihi wa berkata : Adakah dia (Aisyah radhiyallahu anha) turut diundang?

Jiran tersebut menjawab: Dia tidak diundang.

Maka Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam berkata: (Kalau begitu) saya tidak mahu datang.

Jiran tersebut datang (untuk kali kedua) untuk mengundang baginda.

Rasulullah shallallahu alaihi wa berkata : Adakah dia (Aisyah radhiyallahu anha) turut diundang?

Jiran tersebut menjawab: Dia tidak diundang.

Maka Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam berkata: (Kalau begitu) saya tidak mahu datang.

Jiran tersebut datang lagi (untuk kali ketiga) untuk mengundang baginda.

Rasulullah shallallahu alaihi wa berkata : Adakah dia (Aisyah radhiyallahu anha) turut diundang?

Jiran tersebut menjawab: Ya, dia turut diundang.

Maka Nabi shallallahu alaihi wa sallam dan Aisyah radhiyallahu anha berdiri dan bergerak ke rumah jiran tersebut. [Sahih Muslim]

Imam Nawawi rahimahullah berkata:

وهذا من جميل المعاشرة، وحقوق المصاحبة، وآداب المجالسة المؤكدة

"Ini merupakan KEINDAHAN PERGAULAN, hak-hak persahabatan dan juga adab-adab berteman yang dituntut" [Al-Minhaj]



No comments: